Saturday, October 29, 2011

BMM 3103 : Minggu 9 - Penilaian Kemahiran Bahasa

  Penilaian Kemahiran Bahasa



 Penilaian Kemahiran Lisan 
o   Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
o      Kemahiran mendengar 
-Kemahiran paling asas 
-Berlaku pada peringkat penerimaan 
-Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yang didengar.
o    Kemahiran bertutur 
-Melafazkan bunyi2 bahasa daripada alat2 artikulasi 
-Peringkat penglahiran 
-Perlu ditiru dan  diajuk 
-Model bahasa lemah hasil ajukan yang lemah, tetapi model bahasa baik tidak        semestinya menjamin ajukan yang baik.

o    Tujuan kemahiran lisan :
1.    Menyebut perkataan atau  ayat dengan betul
2.    Melatih murid mendengar dan memahami pertuturan orang lain.
3.  Untuk berinteraksi dengan orang lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dan lain-lain).
4. Melatih murid agar berkeyakinan dan  percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
5. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas.

o    Kemahiran-kemahiran yang boleh
1.    Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul.
2.    Bertutur dengan nada, intonasi, dan  sebutan yang betul.
3.  Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar, dan menghormati pertuturan orang lain.
4.    Bercerita dan membuat laporan menggunakan bahasa yang menarik dan betul.
5.    Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
6.    Mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi.

o   Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
1.    bacaan kuat
2.    syarahan
3.    perbahasan
4.    bercerita
5.    perbincangan
6.    hafazan
7.    temu bual
8.    soal jawab
9.    nyanyian
10. deklamasi sajak
11. mendengar dan memberi respon secara lisan

o    Penilaian lisan membolehkan guru :
1.  Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
2.    Mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
3.    Mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
4.    Mengesan kelancaran dalam sebutan.
5.    Mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

  o   Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang   
       memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.

  o    Contoh : PLBS
  o    Menyediakan instrumen:

1.    Soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
2.    Aktiviti atau bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
3. Pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
4.    Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

 Penilaian Kemahiran Menulis
o   Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti:
-Karangan 
-Laporan projek atau kerja kursus atau folio 
-Latihan dan ujian bertulis 
-Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
o    Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut : 

- Kemahiran menulis 
- Menyusun idea 
- Penggunaan tanda baca 
- Perbendaharaan kata 
- Mengaplikasi 
- Mentafsir Menilai


o   Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira : 

-Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
-Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
-Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
-Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
-Skema pemarkahan disediakan

o    Bentuk item
1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif
o    Mengesan serta merta
-Tujuan =  mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta   semasa pengajaran harian
-Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran
      berbahasa melalui hasil kerja murid.
-Bagaimana ? (Dirancang jika perlu, individu atau kumpulan, tiada instrumen      
                           khusus )
-Merekod dan Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan jika perlu )
-Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta seperti; bimbingan,    teguran, nasihat dan pujian)

o    Mengesan kemajuan
-Tujuan: mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa   pembelajaran
-Bagaimana?
(Perlu dirancang, individu atau kumpulan, gunakan instrumen seperti -lembaran kerja dan ujian bertulis )
-Merekod dan Melapor (perlu direkod dan dilaporkan jika perlu)
-Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
-Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid melalui ujian:    
     objektif atau subjektif.
o    Mengesan pencapaian
-Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
-Bagaimana?
(Perlu dirancang, secara individu, gunakan ujian bertulis)
-Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif
-Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
-Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor ) 

No comments:

Post a Comment