Saturday, October 29, 2011

BMM 3103 : Minggu 12 -Penilaian Bahasa Berasaskan Projek

Penilaian Bahasa Berasaskan Projek



Definisi Brosur


              Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Rubrik Penilaian Brosur 
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian 
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi 
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi 
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. 
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.
 



  Definisi Power Point

Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

v  MATLAMAT
• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat
  empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ICT.

v  OBJEKTIF
• Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.

v  CIRI-CIRI
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa.
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif.

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.   1.Warna, pengurusan ruang dan kreativiti.
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan .
3. Ketepatan isi kandungan.
4. Kelengkapan laporan.
5. Cara penyampaian maklumat.
6. Keistimewaan persembahan.
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam
    CD.
8. Masa terhad untuk persembahan.


 Iklan

          Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya

v  ASPEK YANG DINILAI:

·         Dari segi penyampaian:
  •     Surat Khabar
  •     Televisyen
  •     Radio
  •     Menepati tema / kehendak soalan. 
  •     Laras bahasa yang digunakan sesuai atau tidak.
  •     Intonasi, jeda yang digunakan baik atau lemah.
  •     Tatabahasa.
  •          Ilustrasi yang digunakan berkaitan atau tidak.
Poster


Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada dinding.


Rubrik pemarkahan poster :



TAHAP
KRITERIA
LEMAH
(0-5 MARKAH)
SEDERHANA
(6-8 MARKAH)
CEMERLANG
(9-10 MARKAH)

KREATIVITI DAN KEASLIAN
Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.


FUNGSI
Rekabentuk dan paparan salah.
Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.
Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.


TATABAHASA
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.


ILUSTRASI
Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.




Laman Web 

Dokumen elektronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.

No comments:

Post a Comment