Sunday, August 7, 2011

BMM 3103 : Minggu 7 - Kaedah Penilaian Bahasa



KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Kaedah penilaian bahasa terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Penilaian melalui kontrak pembelajaran
  2. Penilaian melalui soal jawab
  • Penilaian melalui kontrak pembelajaran
Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai perjanjian pembelajaranmerupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat- syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

  • Fungsi kontrak pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai
matlamat tersebut.

  • Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?
- Penilaian objektif tugasan
- Hasil Pembelajaran
- Penilaian
- Format / Bentuk

  • Cara Pelaksanaan
  1. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
  2. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
  3. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.
  4. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.


  • Penilaian melaui soal jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

  • Cara Pelaksanaan
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memebrikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya soalan-soalan yang dikemukana memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar .