Saturday, October 29, 2011

BMM 3103 : Minggu 13 & 14 - Penilaian Berasaskan Sekolah

Penilaian Berasaskan Sekolah




 Penilaian Berasaskan Sekolah

 Rasional

1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih   
    awal dari semasa ke semasa.
3. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
4. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya
5. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

 Prinsip-prinsip

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

  •                 Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
  •                       Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
  •                Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
  •                          Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
  •                  Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.



Ciri – ciri

        Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah.Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:

1. Kerja kursus / PEKA
• Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
• LPM membekalkan dokumen pentaksiran
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
• Markah dihantar kepada LPM
• Sekolah mengeluarkan sijil

2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.
 
        Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah

Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :

  •  Daya kreatif, contoh; mereka cipta, melukis.
  •   Kemahiran proses sains, contoh; memerhati, membuat inferens.
  •   Perlakuan dan amalan nilai, contoh; membantu, berdikari.
  •  Sikap, contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
  •  Kesihatan dan kecergasan, contoh; sihat, cergas dan aktif.
  •  Kemahiran kinestetik, contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
  •  Bakat dan minat, contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam   sesuatu bidang .          




BMM 3103 : Minggu 12 -Penilaian Bahasa Berasaskan Projek

Penilaian Bahasa Berasaskan Projek



Definisi Brosur


              Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Rubrik Penilaian Brosur 
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian 
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi 
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi 
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. 
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.
 



  Definisi Power Point

Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

v  MATLAMAT
• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat
  empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ICT.

v  OBJEKTIF
• Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.

v  CIRI-CIRI
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa.
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif.

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.   1.Warna, pengurusan ruang dan kreativiti.
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan .
3. Ketepatan isi kandungan.
4. Kelengkapan laporan.
5. Cara penyampaian maklumat.
6. Keistimewaan persembahan.
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam
    CD.
8. Masa terhad untuk persembahan.


 Iklan

          Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya

v  ASPEK YANG DINILAI:

·         Dari segi penyampaian:
  •     Surat Khabar
  •     Televisyen
  •     Radio
  •     Menepati tema / kehendak soalan. 
  •     Laras bahasa yang digunakan sesuai atau tidak.
  •     Intonasi, jeda yang digunakan baik atau lemah.
  •     Tatabahasa.
  •          Ilustrasi yang digunakan berkaitan atau tidak.
Poster


Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada dinding.


Rubrik pemarkahan poster :



TAHAP
KRITERIA
LEMAH
(0-5 MARKAH)
SEDERHANA
(6-8 MARKAH)
CEMERLANG
(9-10 MARKAH)

KREATIVITI DAN KEASLIAN
Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.


FUNGSI
Rekabentuk dan paparan salah.
Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.
Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.


TATABAHASA
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.


ILUSTRASI
Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.




Laman Web 

Dokumen elektronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.

BMM 3103 : Minggu 11 - Penilaian Pengalaman Pembelajaran

Penilaian Pengalaman Pembelajaran

            


            Definisi


Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar. 
Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil atau belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa ujian ataupun bukan ujian. Penilaian Pembelajaran merupakan salah satu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar,  intelegensi,  bakat khusus,  minat, hubungan sosial, sikap dan keperibadian siswa atau peserta didik.


Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran

TEMA : PENGALAMAN

i. KOMPETENSI DASAR
1. PKN
   -Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah.

ii. INDIKATOR
1. PKN
   -Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah.
   -Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru,    
    teman, dan lain- lain)
   -Memberi contoh hidup rukun di rumah.
   -Memberi contoh hidup rukun di sekolah.
   -Menjelaskan akibat hidup tidak rukun.
   -Menyebutkan manfaat hidup.

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN

A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari”

B. KEGIATAN INTI
1.   Menceritakan hidup rukun di rumah.
2.   Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah.
3.   Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru,
      teman, dan lain-lain)
4.   Memberi contoh hidup rukun di rumah.
5.   Memberi contoh hidup rukun di sekolah.
6.   Menjelaskan akibat hidup tidak rukun.
7.   Menyebutkan manfaat hidup rukun.
8.   Menyapa teman sebaya dengan benar.
9.   Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain.
10. Membuat kalimat sapaan secara lisan.
11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana).
12. Membuat kalimat Tanya dengan benar.
13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan  
      2 1-50.
14. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan
      21-50.
15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan  
      dengan penjumlahan bilangan 21-50.
16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan
      dengan pengurangan bilangan 2 1-50.
17. Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”.
18. Memberi contoh kegiatan yang lama atau sebentar.
19. Membezakan, waktu lama atau sebentar.
20. Melakukan kegiatan harian yang sebentar atau lama.
21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu.
22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun.
23. Membezakan bentuk suatu benda.
24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya.
25. Menjelaskan perubahan bentuk benda melalui penaakulan yang
      berbeza.
26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah.
27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru,   
      teman, dan lain-lain).
28. Menceritakan dan menulis peristiwa menyenangkan yang pernah
      dialami.
29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah
      dialami.
30. Menceritakan kembali hal-hal yang perah dialami berdasarkan cerita
      orang tua atau orang lain.
31. Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga
      berdasarkan cerita orang tua atau orang lain.
      (Langkah-langkah kegiatan disesuaikan dengan jadual pelajaran   
       masing- masing di sekoIah).

C. KEGIATAN AKHIR
1.   Murid-murid  melaksanakan tugas portofolio.
2.   Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”


Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran dan Pengajaran yang Berkesan



a.    KAEDAH JIGSAW 

Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu: 

• Pergantungan secara positif 
• Tanggungjawab 
• Interaksi secara terus (bertentang mata) 
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian 
• Penilaian kendiri secara berterusan 

b. KRITIKAN TERBUKA
 

Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas. 
Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi. 
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. 
Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar. 

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN 

Penilaian   rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000). 
Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. 
Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

BMM 3103 : Minggu 10 - Penilaian Aktiviti Bahasa

 Penilaian Aktiviti Bahasa

          1. Forum


·         Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
·         Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
·         Pelaksanaan : pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
·         Dalam sesi forurm, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan lanjut.

        2. Debat


·         Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
·         Ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
·         Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
·         Setiap pihak haruslahr yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
·         Sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi.
·         Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
·         Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. 
·         Markah tidak diberikan untuk lebihan masa.


        3. Pidato



·         Ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta2 atau prinsip2 berdasarkan tajuk yang diberikan.
·         Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah2nya di depan penonton.
·         Berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea2 untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
·         Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
·         Pidato dimulakan dengan kata2 aluan kemudian perkenalkan tajuk.
·         Ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
·         Keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
·         Ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.

        4. Syarahan



·         Aktiviti jenis ini berformat khusus iaitu kata2 aluan /pendahuluan, kata2 penghadapan, isi dan penutup.
·         Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan.
·         Isi2 syarahan perlu berdasarkan fakta2 yang tepat beserta contoh2 yang relevan. Isi2 utama pula perlu disokong dengan isi2 sampingan.
·         Penggunaan tatabahasa yang betul serta gaya penyampaian yang penuh dengan keyakinan.

        5. Pantun



·         Satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
·         Rangkap2 yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud.
·         Ia menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut.
·         Kesinambungan bunyi di hujung setiap baris.
·         Ia terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun.
·         Gaya bahasa yang berbunga2 dan keindahan persekitaran turut diselitkan.

       6. Sajak



·         Satu bentuk puisi lisan moden.
·         Ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
·         Ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
·         Gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur2. 
·         Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

        7. Ceramah



·         Ceramah merupakan pengemukaan fikiran / idea2 melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala.Penceramah akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau maklumat yang disampaikan.