Saturday, October 29, 2011

BMM 3103 : Minggu 11 - Penilaian Pengalaman Pembelajaran

Penilaian Pengalaman Pembelajaran

            


            Definisi


Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar. 
Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil atau belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa ujian ataupun bukan ujian. Penilaian Pembelajaran merupakan salah satu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar,  intelegensi,  bakat khusus,  minat, hubungan sosial, sikap dan keperibadian siswa atau peserta didik.


Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran

TEMA : PENGALAMAN

i. KOMPETENSI DASAR
1. PKN
   -Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah.

ii. INDIKATOR
1. PKN
   -Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah.
   -Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru,    
    teman, dan lain- lain)
   -Memberi contoh hidup rukun di rumah.
   -Memberi contoh hidup rukun di sekolah.
   -Menjelaskan akibat hidup tidak rukun.
   -Menyebutkan manfaat hidup.

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN

A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari”

B. KEGIATAN INTI
1.   Menceritakan hidup rukun di rumah.
2.   Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah.
3.   Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru,
      teman, dan lain-lain)
4.   Memberi contoh hidup rukun di rumah.
5.   Memberi contoh hidup rukun di sekolah.
6.   Menjelaskan akibat hidup tidak rukun.
7.   Menyebutkan manfaat hidup rukun.
8.   Menyapa teman sebaya dengan benar.
9.   Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain.
10. Membuat kalimat sapaan secara lisan.
11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana).
12. Membuat kalimat Tanya dengan benar.
13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan  
      2 1-50.
14. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan
      21-50.
15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan  
      dengan penjumlahan bilangan 21-50.
16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan
      dengan pengurangan bilangan 2 1-50.
17. Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”.
18. Memberi contoh kegiatan yang lama atau sebentar.
19. Membezakan, waktu lama atau sebentar.
20. Melakukan kegiatan harian yang sebentar atau lama.
21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu.
22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun.
23. Membezakan bentuk suatu benda.
24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya.
25. Menjelaskan perubahan bentuk benda melalui penaakulan yang
      berbeza.
26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah.
27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru,   
      teman, dan lain-lain).
28. Menceritakan dan menulis peristiwa menyenangkan yang pernah
      dialami.
29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah
      dialami.
30. Menceritakan kembali hal-hal yang perah dialami berdasarkan cerita
      orang tua atau orang lain.
31. Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga
      berdasarkan cerita orang tua atau orang lain.
      (Langkah-langkah kegiatan disesuaikan dengan jadual pelajaran   
       masing- masing di sekoIah).

C. KEGIATAN AKHIR
1.   Murid-murid  melaksanakan tugas portofolio.
2.   Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”


Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran dan Pengajaran yang Berkesan



a.    KAEDAH JIGSAW 

Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu: 

• Pergantungan secara positif 
• Tanggungjawab 
• Interaksi secara terus (bertentang mata) 
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian 
• Penilaian kendiri secara berterusan 

b. KRITIKAN TERBUKA
 

Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas. 
Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi. 
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. 
Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar. 

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN 

Penilaian   rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000). 
Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. 
Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

No comments:

Post a Comment